“Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Pakat Lesap” – Dafi Hilang Tawaran Bekerja, Pernah Pecah Tabung Nak Sara Hidup

Hiburan

“Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Pakat Lesap” – Dafi Hilang Tawaran Bekerja, Pernah Pecah Tabung Nak Sara Hidup

Penyanyi Dafi yang ditemui Harian Metro mengakui sejak bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, dia kehilangan satu demi satu pekerjaan dalam industri hiburan.

Namun begitu, dia tidak mahu mempersoalkan mengenai perkara itu kerana menganggap ia adalah ujian dan rezeki tidak berpihak kepadanya.

Advertisement

Tawaran bekerja bukan tiada langsung, memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.

Kata Dafi lagi, dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan beranggapan bahawa orang di luar sana tidak faham bahawa dia tidak ada kena mengena dengan karier politik bapanya itu.

Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi PM, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah bercakap soal politik ketika bapanya memegang tampuk pemerintahan dan tak pernah mendapat apa-apa keistimewaan pun.

“Mereka tak tahu situasi sebenarnya. Malah waktu-waktu tiada tawaran bekerja, saya pernah pecahkan tabung berisi duit syiling bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan” ujarnya.

Datin patimah ibu derhaka
1 year ago

Datin Patimah Dilabel Individu 'Ibu Derhaka' Gara-Gara Biarkan Syamsul Dikecam Masyarakat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...