“Ayah Dah ‘Pergi’ Ke Belum?” – Adik Tak Dapat Ambil ‘Exam’ Sebab Bapa Masuk ICU, Kakak Dakwa Ayat Guru Melampau

Kehidupan

“Ayah Dah ‘Pergi’ Ke Belum?” – Adik Tak Dapat Ambil ‘Exam’ Sebab Bapa Masuk ICU, Kakak Dakwa Ayat Guru Melampau

Baru-baru ini, tular di platform media sosial luahan hati seorang gadis yang telah menarik perhatian susulan sikap guru adiknya yang tidak mempunyai rasa belas kasihan.

Guru tak ada rasa ihsan dengan pelajar

Difahamkan, adik gadis terbabit tidak dapat hadir ke sekolah mengambil ujian peperiksaan kerana kini bapa mereka sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

ayah dah 'pergi' ke belum

Biarpun si adik sudah menghantar surat penjelasan tidak hadir ke peperiksaan bertarikh pada 12 November lalu di sekolah menengah (SMK) di Cheras, Guru Penolong Kanan (PK Hem) di sekolah itu seolah-olah pertikaikan punca pelajar itu tidak duduki peperiksaan sedangkan ayahnya masih hidup.

Adakah ayah dah ‘pergi’ ke belum? Kalau belum, kenapa tak boleh datang exam?

Masalah dah selesai, guru mohon maaf kepada keluarga

Susulan itu, kakak kepada pelajar berkenaan akui mereka sekeluarga berasa terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh guru terbabit kerana ia seumpama penghinaan.

Sedar video luahan rasa kesal yang dimuat naik di platform media sosial itu tular, gadis tersebut perjelaskan niatnya bukan mahu meminta simpati tetapi cuma mahu guru berkenaan tampil memohon maaf kepada keluarganya.

@dnaaazmr🙏🏼

♬ original sound – bubblyb0o

Terbaru, gadis tersebut memaklumkan guru itu sudah pun memohon maaf kepada mereka sekeluarga, selain bakal melawat bapa di hospital dan memohon orang ramai yang ada memuat naik video luahannya itu untuk menurunkannya kerana masalah sudah selesai.

sekolah jual insurans
1 month ago

Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Nyawa Kalau Nak Jadi Pengawas Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...