Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ayah Awak Seorang Lagenda..” 10 Tahun Pergi Meninggalkan Dunia, Anak Din Beramboi Titip Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Bapa

Kehilangan pelawak lagenda, Din Beramboi dalam industri seni hiburan sememangnya sebuah kehilangan yang besar bagi peminat-peminat sitkom komedi dan seangkatan dengannya.

Setelah hampir 10 tahun Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggalkan kita, namun namanya masih diingati sehingga kini.

Advertisement

Baru-baru ini, anak kepada Allahyarham Din yang dikenali sebagai Nur Aina Syuhada telah mengucapkan selamat hari lahir buat bapa kesayangannya itu sempena ulang tahun kelahiran arwah yang ke-53.


Turut bersama ucapan yang dibuat di laman media sosial twitter itu adalah beberapa keping gambar kenangan bersama bapanya ketika dia masih kecil.

Ucapan tersebut ternyata telah menarik perhatian netizen dan turut mengucapkan selamat dan mendoakan agar Allahyarham Din Beramboi ditempatkan di kalangan orang beriman.

Mengimbas kembali, Din Beramboi telah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 2 April 2010 akibat Demam Denggi yang menyebabkan organ dalamannya terhenti. Al-Fatihah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama