“Ayah Awak Jamal, Tak Boleh Jadi Macam Dia” – Ramli MS Pesan Dekat Zaki Yamani Jangan Tiru Identiti Jamal Abdillah

Hiburan

“Ayah Awak Jamal, Tak Boleh Jadi Macam Dia” – Ramli MS Pesan Dekat Zaki Yamani Jangan Tiru Identiti Jamal Abdillah

Zaki Yamani menerima pesanan agar tidak terlalu meniru atau terikut-ikut identitinya bapanya yang juga penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah.

Pesanan itu dititipkan oleh pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang berpendapat Zaki harus mencari keunikan dirinya sendiri serta perlu merendah diri untuk terus berjaya.

Advertisement

Umur awak 17 tahun, sangat muda. Satu pesanan uncle, jadi diri sendiri. Ayah awak ialan Jamal. Tak boleh jadi seperti dia.

zaki yamani

Komen itu diberikan Ramli MS selepas Zaki selesai membuat persembahan menjadi rakan duet peserta All Stars Gegar Vaganza, Aliff Aziz dengan lagu Jampi.

Suami kepada Datin Alyah itu turut mengingatkan Zaki atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani untuk sentiasa jujur dengan nyanyian yang dipersembahkan.

Penyanyi kena jadi nombor satu sebab tiada nombor dua. Berkawan dengan orang pandai, jangan sombong dan jujur dengan nyanyian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

aliff
6 months ago

"Tok Ram Tetap Nak Dua Juara Tu Masuk Final" - Ramli MS Diperli Ada Peserta 'Favorite", Ada Saja Tak Kena Persembahan Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...