Ayah Aku Selalu Cakap, Jangan Pernah Putus Asa Kalau Berniaga Ni

Trending

Ayah Aku Selalu Cakap, Jangan Pernah Putus Asa Kalau Berniaga Ni

Pasti anda ingat satu video yang viral pada bulan ramadhan tahun lepas dimana video itu memaparkan seorang penjual di Bazar Ramadhan Pinggiran Batu Caves yang menceduk nasi briyani sehingga bekas tersebut tidak boleh ditutup.

Advertisement

Salah seorang anak perniaga tersebut melalui account facebook miliknya Sahdam Hussin berkongsi pengalaman dan nasihat ayahnya selama 10 tahun berniaga sehingga dapat memiliki premis perniagaan sendiri.

Ayah aku selalu cakap kt kitorng jgn pernah putus asa kalau berniaga ni. Tahun pertama niaga, kitorng menjerit nak tarik customer, “bang nasi briyani bang nasi briyani” sampai hilang suara. Dari tahun ke tahun, orang dah kenal dan orang mula beratur sendiri tak payah nak panggil2 lagi dah.

Salah satu tips yang beliau kongsikan adalah jangan sesekali putus asa dalam perniagaan kerana setiap orang yang berusaha dan tidak putus akan akan diberikan balasan atas segala yang dilakukan.

Lagi satu ayah aku pesan. JANGAN KEDEKUT waktu niaga. Niatkn laa bersedekah bila kita bagi nasi atau lauk tu lebih dr org lain yang biasa bagi. Ni mmg betul. Setiap satu bungkus nasi briyani kitorng jual inshaallah korang mmg boleh kongsi 2 orang. Mmg seronok bila ada customer ckp “bang kitorng beli satu nasi je bang tapi cukup makan satu family” .

Ayah aku tu kalau ada bekas nasi yang lagi besar mmg die dah beli dah. Tapi yg die guna ni je yg paling besar boleh jumpa kt pasar tu.

Kdg2 bila aku terpaksa berbuka kt luar n beli lauk kt bazar, rasa mcm sedih giler bila tgk kondisi makanan yg diorng jual. Rasa mcm kenapa laa korang sanggup buat mcm ni eh. Tak kesian ke bila orang nak berbuka puasa tapi bila mkn lauk yg dibeli tu rasa mcm hermm.

Satu lagi tips yang dikongsikan adalah jangan kedekut ketika menjual malah berniagalah dengan niat untuk bersedekah. Jangan berkira dengan pelanggan jika anda menjual barangan makanan. Bila pelanggan gembira, pastinya kita sebagai penjual juga turut bergembira.

Berniaga ni memang seronok tapi ko kene ada semangat yang tinggi. Jangan berkira sgt soal makanan. Jangan rasa terlalu riak dgn rezeki yg korang dpt. Jangan buat orang yg beli mknn korang tu rasa sedih bila mkn mknn yg korang jual tu. Jangan pernah takut nak bagi lebih dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA!

Sebenarnya penulis sangat respect dengan perniaga yang tidak berkira dan sentiasa mementingkan kepuasa pelanggan. Kita sekarang hidup di zaman yang serba mahal dan sentiasa sibuk dengan kerja, sangat penting untuk ada perniaga yang macam ini. Kalau kita senangkan hari orang, tuhan akan senangkan hari kita juga. Betul tak?





Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...