Pelakon berbakat, Aya Amiruddin mendedahkan bahawa sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, dia tidak pernah menerima teguran secara kasar atau diherdik oleh pelakon senior.
Mengambil pendekatan untuk mengelakkan sebarang konflik, Aya berkata teknik itu berkesan agar tiada wujud sebarang salah faham sesama pelakon.
Syukur saya tidak pernah diherdik, mungkin orang takut dengan saya. Hubungan saya dengan pelakon senior semuanya baik, saya tiada masalah dengan sesiapa pun.
Namun begitu, Aya mengakui bekerja di set penggambaran memerlukan tahap kesabaran yang tinggi termasuklah berdepan cabaran bau badan dan sebagainya.
Setakat ini saya boleh bertahan, tak pernah ada masalah. Bau masam ke apa saya diamkan saja.
Aya sebelum ini pernah membintangi beberapa drama popular dan dikenali kerana ketegasan serta mutu lakonannya yang mantap.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.