Pelakon Azhar Sulaiman menerusi hantaran Instagram ada mencadangkan beberapa idea bagi memulihkan kembali industri pelancongan di Langkawi yang dilaporkan semakin merudum pada ketika ini.
Tulis Azhar, dia mempunyai beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan kerajaan seperti mengurangkan harga tambang feri dan kenderaan sewa di daerah itu.
Selain itu, dia juga mencadangkan agar peniaga makanan dan minuman di luar sana untuk bersatu hati mengurangkan harga supaya lebih mesra pelanggan.
Azhar juga berharap agar cadangannya itu dipertimbangkan kerajaan agar Langkawi yang pernah menjadi tumpuan pelancong tidak menjadi lengang dan terkubur begitu sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke Langkawi dan tidak menafikan bahawa pusat pelancongan itu tidak lagi sama seperti dahulu.
Kata netizen, harga barang, sewa kenderaan serta makanan dan minuman semakin mahal sekaligus menjadikan mereka lebih memilih untuk bercuti di Thailand yang jauh lebih murah dan berbaloi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.