Awin Nurin Dituduh Gunakan Bomoh Untuk Pikat Suaminya Izzue Islam

Hiburan

Awin Nurin Dituduh Gunakan Bomoh Untuk Pikat Suaminya Izzue Islam

Sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin  bagaimanapun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Meskipun dihimpit dengan pelbagai persoalan tentang soal zuriat, pasangan ini tetap tersenyum dan tidak pernah berputus asa untuk berusaha.

Advertisement

Namun, baru-baru ini Awin sudah tidak mampu menahan rasa sedih dan terkilan apabila ada pihak menuduh beliau melakukan perkara syirik iaitu membomohkan suaminya sendiri sehingga menyebabkan dirinya tidak boleh hamil.

Bukan itu sahaja, pihak tersebut dengan biadapnya turut mempertikaikan serta merasa hairan bagaimana Izzue boleh jatuh hati dengan Awin sedangkan wanita itu lebih tua daripada dirinya, tidak berharta ataupun memiliki rupa paras yang cantik.

Soal jodoh dan rezeki untuk menimang cahaya mata semuanya terletak di tangan Tuhan, siapalah kita untuk mempersoalkan perancanganNya. Bersabarlah Awin dengan segala ujian ini pastinya akan ada kebahagiaan yang lebih untuk anda dan suami selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...