November 20th, 2015

Pernah gagal dalam perkahwinan pertama dan sedang menghadapi masalah bersama isterinya Rozana Misbun sehingga ia dibicarakan di mahkamah, Awie akui hatinya terasa sepi dan memerlukan seorang isteri di sisinya baik pada waktu susah mahupun senang.

Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak. Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik.

Mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, Awir bagaimanapun enggan terburu-buru dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Malah, jika beliau mempunyai rencana untuk berkahwin nanti, Awie mahu mendapatkan persetujuan daripada anak-anaknya sebelum membuat keputusan  tersebut.

Awie sangat memetingkan kebahagiaan anak-anaknya dan mahu mereka juga gembira bersama ibu mereka yang baharu nanti.

Saya ini lelaki anak lima, adakah wanita yang mahu serius berkawan dengan saya? Terus-terang, saya berkawan dengan ramai orang. Kini, ada seseorang yang sedang saya cuba kenali hati budinya. Biarlah kenal dulu, barulah boleh fikirkan fasa yang lebih serius. Bila dah jadi, saya pasti umumkan.

Asalkan ia boleh membahagiakan anak-anak saya, itu paling penting. Dalam hidup ini anak-anak lebih diutamakan. Kalau anak-anak kata okey, saya pun okeylah. Saya mahu anak-anak happy.

Biarlah segala dugaan hidup saya seorang menghadapinya. Kali ini kalau jadi kahwin lagi biarlah atas persetujuan anak-anak. Saya mahu anak-anak hidup gembira dengan ibu tiri.

Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi serta pelakon popular Arni Nazira sebelum bercerai pada 16 Oktober 2006. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha.

Selepas itu, Awie berkahwin bersama Rozana Misbun  dan  dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha.

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...