Written by Bella | March 17th, 2016

Melalui episod duka dan menempuhi pelbagai cabaran dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Rozana Misbun tidak membuatkan penyanyi rock Awie serik untuk berkahwin lagi.

Buat Awie, beliau tidak perlu mengenangkan kisah lalu apatah lagi memikirkan anak-anaknya yang memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ibu.

Serik? Tidak mungkin. Saya lelaki dan kehidupan perlu diteruskan. Anak-anak pun memerlukan kasih sayang seorang ibu di sisi mereka, jadi saya kena cari orang lain.

Awie turut mengakui beliau sudah mempunyai pengganti dan kini mereka masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Namun, Awie tidak meletakkan sebarang harapan dan hanya akan mengumumkan siapakah gadis itu jika mereka  ada jodoh untuk bersama.

Sudah pasti, penggantinya itu ada, kami sedang berkawan, mengenali hati budi cuma kena tunggu masalah ini selesai, baru kita cakap pasal kahwin. Ada jodoh, kahwinlah nanti.

Berbicara mengenai saman yang dibuat oleh Rozana terhadapnya, Awie mengatakan beliau tidak mhu terlalu memikirkan hal berkenaan. Awie hanya mahukan hak penjagaan terhadap anak mereka kerana tahu Rozana tidak mampu untuk menjaga mereka dengan baik, lebih-lebih lagi wanita itu tidak mempunyai pendapatan sendiri.

Mengalah tidak bererti saya salah. Buat apa nak teruskan benda-benda yang membuang masa ini, saya cuma nak hak penjagaan anak, sebab semua tahu, Rozana tidak mampu untuk menjaga mereka. Dia bukan ada kerja apa-apa pun, mana nak dapat duit.

Harapnya kali ini Awie mendapat seorang wanita yang betul-betul sesuai dengan dirinya dan mampu memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya dengan baik. Mana tahu jodoh beliau kali ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita : Utusan Online

17 responses to Awie Tidak Serik Kahwin Lagi : Akui Sudah Ada Pengganti

  1. a says:

    first

    0

    0
    • Anonymous says:

      klu ex dia jaga, memang masaklah awie nak bagi nafkah..klu dia jaga xde nak turun naek court utk tuntut nafkah..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Org jantan kn.. Bini mati kubur merah pun dh ada pganti ini pulak cerai hidup.. X tkot pulak bakal bini baru dia kn.. Awie ni curang pun pnh pukul bini pun pnh..

    0

    0
  3. abe says:

    JANJI TAU TGJWB PADA ANAK2 DIA NK NIKAH LANTAK DIA LAH BUKAN DIA MINTAK DUIT KO PUNNNN…..MCM KO PULAK HAKIM KAT SINI….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Apalah nilai perkahwinan bg dorg ni? Kawen cerai kawen cerai..ingt mcm main couple2 ke

    0

    0
  5. TABUAN says:

    ORANG TUA DULU2 KATA….
    SELALUNYER YG BUAT HAL DALAM UMAHTANGGA AKAN CEPAT DPT PENGGANTI…

    BTOL JUGAK DLM KES SEDARA AKU 3 ORANG… YG BUAT HAL DGN CEPAT DPT PENGGANTI… YG MANGSA TERKONTAL KANTIL TERUS KAN HIDUP SORANG2.. TAK TERFIKIR NAK GELOJOH CARI PENGANTI.

    SO PROVEN LAH…

    0

    0
    • maggi says:

      Mangsa selalu traumatized.. takut dah nak berpasangan… so yang ambik masa nak dapat pengganti. yang cepat dapat pengganti ni… welllllll!! ahahha

      0

      0
  6. qiel says:

    xtau mana cerita benar n salah dalam rumahtangga diaorg.. yg penting setel kes baik2 ya bro.. tp awie yg aku sesekali nampak nih aku rasa dia ok, cool jer n walau mcmana penat pun tetap senyum layan peminat… #HidupBagaikanPentasOpera

    0

    0
  7. mak c kina says:

    tunang dgn erra kantoi kne tangkap basah dgn arni..khwn dgn arni,kantoi khwn lain kt siam dgn rozana..khwn dgn rozana,xkantoi dgn pompuan lain tp baru je cerai dah cite ada pengganti..mmg la kne terus kan hidup tp mcm xde erti plak bekas isteri yg dah bg anak ramai tu

    0

    0
    • Fashadiehardfan says:

      Yg dia gaduh rozana kena pukul tu kan sbb rozana jumpa gambar perempuan lain kat hp dia…Mmg dah kantoi lah tu pasal pukul bini…

      0

      0
  8. Anonymous says:

    huuuh berani betul perempuan yang bersuamikan awie……… lepas dipakainya, lunyai memberikannya zuriat dalam media dihina, diungkit nafkah, muka cantik dikatakan buruk, lepas tu boleh pun menyeksa bekas isteri tidak bagi anak dengan ibu mereka. supaya peminatnya puji dia lelaki yang mulia……. maka lelaki dayus

    0

    0
  9. apakandaya says:

    kenapa aku baca statement awie tu mcm gaya dia ckp filem sembilu. adoiii.

    0

    0
  10. ku says:

    apa pun saya suka dgn kehidupan kak beb (abby fana-dj radio sinar),..dah lama dia hidup sebgai ibu tunggal,..xde kecoh nk kahwin lagi…sampai pergi haji.
    erika yusuf…(pelakon mancho tahun 80an & 90an)..tetap setia disisi isterinya walaupun isteri sedang sakit. nor albania, walau apa pun cara dia,..xde pula nk sibuk cari pengganti setelah kematian suami akibat kemalangan dulu.
    azlina aziz, kak ogy ahmad daud, siti fairuz, eman manan. raja ema & beberapa org artis lgi yg boleh hidup tanpa pasangan..mgkin belum ketemu [email protected] lebih selesa hidup sendiri bertemankn keluarga dan anak2…
    suka tgok pasangan,..nassier wahab, razis ismail, aris ariwatan, ruhil armani hussien, azian mazuan safuan, dan ramai lgi yg bahagia hidup berumahtangga.
    apa pun yg mereka lalui sama2lah kita ambil ikhtibar dan pgnjarannya.
    berpisah..malah dgn mudah ada penganti,..tapi jika keadaan masih sama, makna itu ada yg tidak kena. ternyata sijil kursus perkahwinan belum dpt menentukan kepribadian seseorg. Kursus perkahwinan itu wajib,..namun ianya semata2 utk melgsungkn pernikahan. org dulu2,..tanpa sijil nikah hidup aman damai. bercerai, tpi xde dngar pukul atau hentak isteri.
    pucuk pangkal..diri sndri malah [email protected] kita. jika hati dan niat berbeza makan inilah jadinya. anak2 jadi mangsa keadaan.

    0

    0
  11. #$%€ says:

    Sapa le pompuan bodo yg nk sgt kat awie tu… x takut kena pukul ke? Aiii.. pilih le org lain yg lebih elok prangai nye kak oi.. sebelum ko pun terima nasib mcm ex-ex dia. Bkn elok pun awie ni. Bersedia la lps ni maruah ko pun dikoyak2 kat media bila dia dh x nak ko nti… n lg satu, ape ke bodo statement psl rozana tu x keje n camne dia nk tanggung ank2. Ko kan bapak budak2 tu awie oii.. sah2 segala nafkah ank2 tu tanggungjawab ko. Dr situ dh nampak lelaki jenis apa ko ni…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    mamat dah ada track record kaki pukul pon ada betina nak kawen. So stupid ke so naive?? Dah lah tak hansem, ketot kaki pendek kepala besar. Nyanyi pon alahai… Perasan lebeh . Inilah jadi bila ada member sama geng LOSER mengalu2kan , berani lah ya.

    0

    0
  13. annoyma says:

    AMARAN kpd sume pompuan!!!. …..jauhkan diri dari jantan yg bernama Awie kalo nk hidup aman dan tak cedera dipukul. He is a dangerous man….sepatutnya dah masuk jail. Stay away!!!

    0

    0
  14. Maria says:

    Yang lama dah lebam dan patah hidung Awie kerjakan..baguslah dapat pengganti untuk jadikan ‘punch bag’ baru. Once an abuser, always an abuser…physical, mental and emotional…so good luck lah kepada si ‘pengganti’ ni.

    0

    0