Awie Tidak Serik Kahwin Lagi : Akui Sudah Ada Pengganti

Hiburan

Awie Tidak Serik Kahwin Lagi : Akui Sudah Ada Pengganti

Melalui episod duka dan menempuhi pelbagai cabaran dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Rozana Misbun tidak membuatkan penyanyi rock Awie serik untuk berkahwin lagi.

Buat Awie, beliau tidak perlu mengenangkan kisah lalu apatah lagi memikirkan anak-anaknya yang memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ibu.

Advertisement

Serik? Tidak mungkin. Saya lelaki dan kehidupan perlu diteruskan. Anak-anak pun memerlukan kasih sayang seorang ibu di sisi mereka, jadi saya kena cari orang lain.

Awie turut mengakui beliau sudah mempunyai pengganti dan kini mereka masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Namun, Awie tidak meletakkan sebarang harapan dan hanya akan mengumumkan siapakah gadis itu jika mereka  ada jodoh untuk bersama.

Sudah pasti, penggantinya itu ada, kami sedang berkawan, mengenali hati budi cuma kena tunggu masalah ini selesai, baru kita cakap pasal kahwin. Ada jodoh, kahwinlah nanti.

Berbicara mengenai saman yang dibuat oleh Rozana terhadapnya, Awie mengatakan beliau tidak mhu terlalu memikirkan hal berkenaan. Awie hanya mahukan hak penjagaan terhadap anak mereka kerana tahu Rozana tidak mampu untuk menjaga mereka dengan baik, lebih-lebih lagi wanita itu tidak mempunyai pendapatan sendiri.

Mengalah tidak bererti saya salah. Buat apa nak teruskan benda-benda yang membuang masa ini, saya cuma nak hak penjagaan anak, sebab semua tahu, Rozana tidak mampu untuk menjaga mereka. Dia bukan ada kerja apa-apa pun, mana nak dapat duit.

Harapnya kali ini Awie mendapat seorang wanita yang betul-betul sesuai dengan dirinya dan mampu memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya dengan baik. Mana tahu jodoh beliau kali ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...