June 12th, 2015

Meskipun sebelum ini Rozana Misbun mengesahkan beliau tidak lagi bergelar isteri kepada penyanyi rock Awie  berkuatkuasa 1 November 2014 selepas berjaya mendapatkan tuntutan fasakh secara taklik daripada pejabat Majlis Agama Islam,Songkhla, Thailand. Namun, Awie sebelum ini meragui proses tuntutan fasakh itu, Awie menegaskan yang mereka berdua masih suami isteri dan enggan menceraikan Rozana.

Jelas Awie,  beliau tidak akan menceraikan Rozana selagi isterinya itu tidak memulangkan duit serta harta yang telah dicuri daripada anaknya.

Saya boleh menceraikan beliau hari ini juga, namun saya tidak akan berbuat demikian selagi Rozana tidak memulangkan harta benda yang diambil milik anak-anak. Berhentilah mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai tipu helah. Siapa yang dia cuba tipu sebenarnya? Saya tidak akan mengenal erti penat turun naik mahkamah demi memperjuangkan hak anak-anak saya.

Rozana sebelum ini pernah mengambil dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qaseh Antashah, 5 tanpa pengetahuan penyanyi tersebut. Tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi, Awie telah menyediakan pengawal untuk menjaga satu-satu anaknya yang bersama beliau iaitu Putra Ahmad Merah.

Saya menyediakan pengawal untuk menjaga Merah ketika beliau di sekolah dan sebagainya. Saya tak mahu kejadian sama berulang lagi. Dua orang anak saya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qaseh Antashah, 5, kini di bawah penjagaan Rozana, namun saya difahamkan mereka tidak bersekolah buat masa ini.

Kes ini akan terus berlarutan jika kedua-dua pihak tidak mahu mengalah dan membicarakan hal ini secara baik. Jika benar dakwaan Awie bahawa Rozana telah “mencuri” hak anak-anak mereka, adalah lebih baik untuk beliau menyelesaikan hal tersebut .

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...