Penyanyi rock Awie semalam telah dicabar oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, untuk mengemukakan bukti beliau berasal daripada keturunan Raja Siam iaitu Raja Sulaiman daripada Songkhla, Thailand seperti yang beliau akui sebelum ini.
Walaubagaimanapun, Awie tidak ambil peduli dengan cabaran berkenaan kerana buat beliau, salasilah keluarganya bukanlah untuk tatapan umum.
Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai.
Awie memberitahu beliau adalah keturunan Raja Siam selepas netizen mempersoalkan mengapa beliau memilih untuk bernikah dengan Sharifah Ladyana di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, sekitar minggu lepas.
Tidak mengapalah jika Awie tidak mahu membuktikan beliau adalah keturunan Raja Siam. Bak kata Awie, ia adalah “privacy†keluarga beliau. Apa-apa pun, semoga kekal bahagia bersama isteri tercinta sehingga akhir hayat.