Walaupun sudah memohon maaf  dan membayar kompaun RM10,000 bekas isteri Awie iaitu Rozana Misbun masih tidak berpuas hati dan ingin menuntut ganti rugi  atas kecederaan di hidungnya seperti yang hangat sebelum ini dan mengemukakan saman malu terhadap Awie.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Awie meminta agar Rozana tidak terus berbohong dan menuduh beliau memukul Rozana sehingga hidungnya patah. Awie juga memberitahu beliau sedikit pun tidak gentar ataupun terkesan dengan tindakan bekas isterinya itu.
Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.
Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya.
Awie juga pada masa yang sama menjelaskan, Rozana yang memulakan “peperangan†antara mereka sehinggakan ia menjejaskan kerjaya seni Awie.
Awal-awal dahulu saya memang tidak pernah cakap apa-apa sama ada di media atau laman sosial tetapi dia yang memulakan untuk memalukan saya malah ada membantunya dan tahniah kerana berjaya musnahkan hidup saya.
Apabila ada wartawan tanya baru saya jawab itu pun saya minta komen saya ditapis sebelum ditulis.
Kes cerai berai ini memang cukup sulit, dek kerana timbul rasa tidak puas hati pasti akan ada lagi perkara yang ingin dibangkitkan. Â Manusia ini memang tiada yang sempurna, tetapi kalau boleh selesai secara baik apa salahnya kan? Mati-mati kami ingat kes ini dah tamat.