Awie Sahkan Sudah Bertunang Dengan Sharifah Ladyana

Hiburan

Awie Sahkan Sudah Bertunang Dengan Sharifah Ladyana

Minggu lepas, akhbar Berita Harian ada menyiarkan berita bahawa Awie sudah melangsungkan pertunangan bersama wanita yang dikenali dengan nama Sharifah Ladyana.

Advertisement

Malah, mereka juga turut menyertakan foto tunang Awie yang diapit oleh dua orang anak perempuannya iaitu Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam satu majlis seakan majlis pertunangan.

Ada juga foto Ladyana duduk seorang diatas pelamin dan ada sumber mengatakan majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup di Hotel Vistana, Pulau Pinang sekitar 3 Jun lepas. Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga Awie dan Ladyana termasuk anggota kumpulan Wings.

Setelah lama berdiam diri dan isu ini menjadi tanda tanya dikalangan orang ramai, Awie terbaru menerusi porta Kosmo! Mengesahkan beliau sudah mengikat tali pertunangan dengan Ladyana seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar.

Awie sebenarnya tidak mahu mengumumkan berita berkenaan kepada umum kerana padanya ia merupakan perkara peribadi dikalangan keluarganya.

Harapnya kali ini Awie betul-betul bertemu dengan wanita yang sesuai buat dirinya dan boleh menjaga anak-anaknya dengan baik. Semoga ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...