Awie Nafi Serang Shila Amzah – “Merangkaklah Cari Saya di Akhirat Nanti, Fitnah Itu Dosa Besar”

Hiburan

Awie Nafi Serang Shila Amzah – “Merangkaklah Cari Saya di Akhirat Nanti, Fitnah Itu Dosa Besar”

Penyanyi veteran, Datuk Awie (Ahmad Azhar Othman), tampil menafikan dengan tegas dakwaan kononnya beliau adalah individu yang menyerang Shila Amzah semasa sesi latihan Konsert ulang tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka baru-baru ini.

Awie, 57, menyatakan bahawa beliau langsung tidak hadir pada latihan terbabit serta tidak pernah berinteraksi dengan Shila sepanjang persiapan konsert.

Advertisement

Saya bercakap dengan Shila Amzah pun tidak pernah. Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Untuk apa saya nak menyerang dia (Shila)? Maaf ini semua salah faham, kenapa netizen petik netizen saya pun tak tahu.

Lebih tegas, beliau menjelaskan bahawa pada waktu kejadian, beliau berada di Finas untuk sesi perlantikan watikah, bukan di lokasi latihan.

Konsert itu berlangsung esok dan sekarang ni saya berada di Finas untuk sesi lantikan watikah, jadi kenapa tuduh saya?

Awie menegaskan amaran moral bagi mereka yang menyebarkan fitnah.

“Merangkak la cari saya di akhirat nanti, fitnah tu dosa besar jangan main sebut saja,” tegas beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

idzham ismail
2025-07-11 13:34:58

"Harap Dapat Kifarah, Nak Curang Jangan Kahwin.." - Idzham Ismail Luah Rasa Lelah Galas Tanggungjawab Bapa Tunggal Seorang Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...