Awie Nafi Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam

Hiburan

Awie Nafi Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam

Kami pun tidak perasan bahawa penyanyi rock terkenal, Awie sudah sedikit kurus, tiba-tiba pula ada yang mendakwa beliau sudah turun berat badan kerana disihir orang. Eh, biar betul?

Advertisement

Menjawab segala spekulasi, Awie menerusi portal Harian Metro menafikan beliau terkena ilmu hitam. Awie memberitahu beliau kini mengamalkan diet yang lebih sihat tetapi pada masa yang sama menjelaskan tubuhnya semakin susut kerana tertekan memikirkan soal rumah tangganya.

Saya kurus atas kemahuan sendiri. Bukan kerana sakit atau terkena ilmu hitam dan kalau boleh saya tidak mahu bercakap perkara itu. Sebelum ini saya tak menjaga makan, jadi kelihatan berisi. Sekarang saya kurangkan makanan berkarbohidrat .

Saya perlu kuat untuk berdepan semua itu. Boleh dikatakan ke mana saja saya pergi, orang sekeliling pasti bertanyakan perkara ini. Kalau diikutkan orang lain pasti malu, tetapi saya tidak. Jika saya malu tentu saja saya tidak berada di khalayak ramai, sebaliknya berkurung di rumah.

Meskipun bekas isterinya Rozana Misbun sering menjaja cerita tidak benar dan memburukkan nama Awie di khalayak, penyanyi itu sama sekali tidak terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Buat Awie, apa yang penting adalah rezeki beliau untuk membesarkan anak-anaknya tidak pernah putus.

Apabila dia memburuk-burukkan dan menghina saya, ia tidak memberi kesan pun. Malah bertambah lagi pahala dan rezeki saya. Alhamdulillah sepanjang dua tahun masalah rumah tangga kami dibicarakan di mahkamah, rezeki saya dalam bidang seni tidak pernah putus. Allah SWT masih mengurniakan saya rezeki dan kudrat yang kuat untuk bekerja bagi membesarkan anak.

Biasalah, kalau banyak masalah yang difikirkan pasti badan kita akan semakin susut. Harapnya Awie dijauhkan lah daripada terkena ilmu hitam dan sebagainya. Amin..

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...