January 23rd, 2015

Sebelum ini pihak media melaporkan bahawa Awie telah hilang hak jagaan anak sementara kepada Rozana Misbun melalui keputusan mahkamah berikutan sijil pernikahan mereka disahkan palsu. Namun begitu Awie memberitahu bahawa dia masih menjaga tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun itu.

Utusan Online melaporkan, menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebelum ini tidak pernah mengeluarkan arahan agar menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada Rozana seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar pada 15 Januari lalu.

Disebabkan statusnya sebagai bapa dan mempunyai pendapatan tetap, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga tiga orang anaknya sedangkan Rozana yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hak penjagaan sementara yang diberikan kepada saya sejak Jun 2014 telah dibatalkan disebabkan sijil pernikahan palsu, namun hakim tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menyerahkan hak penjagaan kepada Rozana. Mungkin sebab itu, pemberita salah menterjemahkan apa yang telah diputuskan hakim.

Sekarang ini, saya adalah punca rezeki buat anak-anak sedangkan Rozana tidak mempunyai pendapatan. Jadi sebagai bapa, sewajarnya mereka berada di bawah jagaan saya agar segala keperluan boleh dipantau dengan baik.

Walaupun begitu Awie memberitahu yang Rozana langsung tidak melawat anak-anak sekalipun sudah diberi kebenaran, dan dia juga tidak menghubungi anak melalui telefon.

Cuma baru-baru ni sahaja dia ada bertanyakan khabar anak-anak, itu pun melalui orang gaji saya, bukannya secara terus.

Hak penjagaan tidak boleh diputuskan selagi sijil pernikahan yang diiktiraf perundangan syariah negara diperoleh.

Begitu rupanya. Maknanya telah berlaku kekeliruan dan anak-anak Awie bersama Rozana setakat ini masih dijaga oleh pelakon itu. Apa-apa pun memang salutelah dengan Awie, walaupun dilanda masalah rumahtangga dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah syariah Awie masih menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik. Awie juga nampak sangat sayang dengan anak-anaknya. Tahniah diucapkan.


Comments are closed.

Loading...