Berkahwin pada 7 Oktober lepas bersama Sharifah Ladyana, penyanyi Awie berharap dikurniakan cahaya mata segera bersama wanita itu.
Sebelum ini, ada yang mengatakan Ladyana berkemungkinan berbadan dua kerana Awie mengidam makanan asam. Namun, Awie menjelaskan buat masa ini isterinya itu belum ada sebarang tandakan kehamilan.
Saya tunggu juga mana tahu ada khabar gembira nanti. Buat masa ini belum lagi. Jadi doakan saja. Berkenaan makanan itu, sejak dua hari lalu saya memang teringin nak makan. Bukan sebab alahan atau mengidam pun.
InshaAllah, satu hari nanti pasti akan ada rezeki untuk Awie menimang cahaya mata bersama isteri barunya itu. Teruskan berdoa dan berusaha. Hehe