January 19th, 2012

Ingatkan Abby Abadi seorang sahaja kena sihir, rupa-rupanya ayahanda kita, Awie pun terkena buatan orang. Di dalam Harian Metro hari ini, Awie mendakwa dia terkena santau tuju-tuju. Agak teruk jugak santau yang dikenakan kerana Awie muntah bulu ayam dan jarum ketika mendapatkan rawatan dengan seorang bomoh di Perak.

awie disantau

Kata Awie:-

Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saran beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional. Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa bulu ayam dan jarum halus keluar dari tubuh saya. Saya dimaklumkan ia angkara buatan orang yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan.

Fuh. Seram jugak cerita Awie nie. Kira tahap hebat jugaklah orang yang menghantar santau ini. Sampai termuntah bulu ayam dan jarum. Sebelum mendapatkan rawatan tradisional, Awie telah pun pergi buat check up di hospital. Namun doktor hanya memaklumkan yang Awie memiliki batuk biasa. Siap buat x-ray lagi untuk mengenal pasti punca penyakit batuk-batuk tetapi pihak hospital masih gagal mengesan. Seram kan?

Apa pun harap Awie tabah dengan dugaan ini. Teruskan berubat secara tradisional. Jaga kesihatan elok-elok sebab tanpa suara yang mantap itu, siapalah Awie. Untuk makluman, Abang Nara memang suka bebenar dengan suara Awie. Sangat lain daripada yang lain. Pendek kata memang suara legend!!!

P.S: Anda pengguna iPad, iPhone atau iPod? Selalu stress sebab bateri habis akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya? Jangan stress lagi kerana kini MilkADeal menawarkan car charger semurah RM29 (harga sebenar RM68)

ipad2

Dengan RM29 anda akan dapat 1 dual USB car charger, 1 kabel dan free delivery di Semenanjung Malaysia. Mana nak dapat benda canggih semurah ini kan? Beli hari ini jugak di laman web MilkADeal dengan hanya RM29 sahaja.


34 responses to “Awie Kena Santau, Muntah Bulu Ayam Dan Jarum”

  1. QAYYUM NSDK says:

    Itulah kite.. percaya sangat ‘buatan orang’.. Cuba muhasabah diri sikit untuk tak yakin benda cam ni. Itu ujian Allah.. Kalo kita dok yakin benda ni, lama2 kita mungkin terpesong dan mulalah nak mencari sapa musuh yang sanggup buat kita.. Memang ada kewujudan syaitan ni tapi Jangan terlampau tabsub.. Kesimpulannye : Cegah Maksiat, Dekatkan diri dengan Allah)

  2. Pemerhati says:

    Itu lah lumrah hidup… Hidup bkn senang nk puaskan hati seme org. Oleh itu tingkatkan amalan, kuatkan iman.. Dekatkan lg diri dgn Tuhan, sucikan diri dari gejala kemaksiatan. InsyaAllah hidup sentiasa dibawah lindungan berkat dn barakah Allah. Mulut pun kena jaga.!! Perangai tingkH laku biar sopan..!! Kalu kuatkan amalan, ilmu agama kuat didada InsyaAllah kerj2 sihir nie berkaitan ngn syaitan seme xkn dekat dgn diri kalu diri ada pendinding…. Nie dgn ulama di buat musuh… Hukm agama dipersenda.. Bila ulama tegur cepat melatah… Mungkin ini bala Allah turunKan utk sucikan diri dari dosa dn utk awie lbh muhasabh. Jgn la hidup hnya bertuhankan rokers semata2.. Ilmu Allah diketepikan.

  3. Cik Lulu says:

    Mcm mana nak tau kalau ada org htr sihir? Tanda2? Aku pun mcm abg Awie tak caya benda mistik ni tapi bila hari tu aku tengok staff aku kena buatan org(masa berubat tu badan kuar kaca) baru aku tau. Menakutkan. Staff aku ni mulut celupar tapi baik hati. Dia jenis yg tak suka tengok colleague mls kerja. So salu gak das kan kekwn yg lain tu.Lepas kwn yg pemls tu berhenti kerja tertiba plak dia kena benda ni. Cafe aku dulu byk pelanggan pun tang tertiba sunyi jer menjak 2 menjak ni. Masa staff ni brubat org tu ckp tmpt aku tu kena gak. Tapi aku jenis yg tak suka dendam. Org yg dendam tu plak jenis yg tak putus asa. Selalu cuba htr sihir kat staff aku ni. Pernah kat cafe aku tu didtgi ulat bulu berwarna hitam yg byk (3 kali dah). Hairan betul dgn iblis bertopengkan manusia ni tak takut dosa..

  4. triple j says:

    harap2 awie berhati2 bila nak menjahit baju ayam tu selepas ini ok…

  5. what the? says:

    bro awi, amalkan Ayatul Kursi ye, selamat jiwa raga, itulah sebaik-baik pendinding ..

Loading...