Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awie Kena Panggil Polis, 10 Jam Bagi Keterangan

awie pukul budak

Uish. Kalau kami yang jadi Awie, mesti berpeluh (ntah-ntah terkencing dalam seluar) 10 jam duduk dalam balai polis. Seram tue beb. Terus terbayang adegan-adegan dalam filem Hollywood time polis selidik orang jahat. Mesti kena-kena belasah sikit. Hentak-hentak meja. Nasib baik polis Malaysia semua baik-baik belaka. Tue yang Abang Awie kita lek ajer 10 jam bagi keterangan. Mesti polis-polis siap mintak autograph lagi.

Advertisement

Sebenarnya abang Awie kita bagi keterangan pasal satu kes pukul lelaki yang berlaku Julai 2008. Ala, rasanya semua orang pun tau kot cerita nie. Kalau tak silap pendengaran kami, mula-mula adik angkat Awie kena belasah, so Awie datang untuk belasah balik mamat yang belasah adik angkat dia tue. Itu versi cerita yang kami dengar. Betul atau salah tak dapat kami confirmkan.

Tapi abang Awie memang cool gile dengan statementnya lepas keluar dari balai polis:-

[note]Saya tidak tahu apa tindakan polis selanjutnya kerana saya hanyadatang sebagaimana yang diminta oleh polis dan telah memberi kerjasamasebaik mungkin.Saya beri keterangan bagi mempertahankan diri saya dan selepas inibiarlah keadilan yang menentukan kebenaran atas dakwaan itu. [/note]

Hidup abang Awie!!! Nak lagu Bernafas Dalam Lumpur satu ~~

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top