Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awie Kecewa Wang Bonus Untuk Filem Hantu Kak Limah ‘Ciput’

Umum mengetahui filem Hantu Kak Limah mendapat sambutan yang luar biasa sehingga berjaya mendapat kutipan yang tinggi sebanyak RM 38 juta.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Datuk Awie hari ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila pihak penerbit tidak memberikan wang bonus setimpal dengan usaha serta tenaga yang disumbangkan oleh para pelakon serta kru belakang tabir. Ia tidak berbaloi dengan jumlah kutipan yang diraih oleh filem ‘box office’ itu.

Saya terkilan jumlah wang bonus yang diterima. Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini. Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab ‘membuka mulut’ bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya. Saya selaku teraju utama hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja. Inikan pula pelakon dan kru produksi lain.

Awie menjelaskan beliau tidak menolak untuk berlakon di bawah arahan Mamat Khalid untuk filem sekuel Hantu Kak Limah tetapi dengan syarat ia tidak diterbitkan oleh syarikat produksi yang sama.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 Comments

  1. Ken

    November 9, 2018 at 9:50 pm

    Hantu kak limah tu lawak kat mana ye … yeh sekupang ok lakonan …awie so so …. Lain lain okaylah ..

    Tapi tak rasa funny pun ….lawak bodoh byk …

  2. Anon

    November 9, 2018 at 2:21 pm

    Ikut budi bicara penerbit le. Jalau filem untung besar nak bonus, jalau filem rugi ada ko nak tolong bagi balik 10% bayaran kat penerbit?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama