Dikatakan sebagai punca konsert Wings dibatalkan di Kota Kinabalu, Sabah, ada khabar angin mengatakan pemain gitar, Joe bakal digugurkan daripada kumpulan rock tersebut.
Walaubagaimanapun, Awie yang merupakan vokalis Wings enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan dan berkata ia adalah masalah dalaman kumpulan mereka dan perkara itu masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.
Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings. Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media.
Awie bertindak untuk berdiam diri mengenai khabar angin tersebut kerana tidak mahu perkara menjadi lebih panjang dan mengeruhkan lagi keadaan.
Jika saya buat kenyataan ia akan memanjangkan perkara ini dan dituduh membawa cerita pula. Biarlah kami selesaikan dahulu ya.
Joe juga nampaknya tidak mahu tampil menjelaskan perkara sebenar dan usaha media untuk bertanyakan isu ini juga gagal.
Agak sayang sebenarnya untuk lihat kumpulan Wings yang sudah berpuluh tahun membina nama bersama berpecah. Harapnya segala kemelut yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan cara baik.