Selepas beberapa kali turun naik mahkamah ekoran isu penceraian sehinggalah hak penjagaan anak, hari ini Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur melalui Hakim Syarie, Che Saupi Che Husin telah mengarahkan Awie untuk membayar nafkah kedua anaknya yang berada di bawah penjagaan bekas isterinya Rozana Misbun sebanyak RM 4,000 sebulan.
Jumlah tersebut adalah untuk keperluan asas seperti makan-minum, perubatan,kos perbelanjaan harian sekolah, pendidikan dan lain-lain keperluan sebanyak rm3,000. Manakala RM 1,000 lagi untuk kos tempat tinggal.
Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.
Walaubagaimanapun, Awie tidak bersetuju dengan jumlah nafkah tersebut dan menyifatkan ia satu jumlah yang mengarut kerana anak-anaknya masih kecil dan tidak memerlukan belanja yang tinggi.
Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.
Pada masa yang sama, Awie menegaskan mahkamah sepatutnya memikirkan kesusahan beliau sebagai artis untuk mencari nafkah dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu pada masa kini.
Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000? Kos RM4,000 tu kos karut.
Bila berbicara soal nafkah memang penuh dengan masalah yang tiada kesudahannya nanti. Apa-apa pun, kami harap Awie dan Rozana boleh berbincang secara baik untuk menyelesaikan apa yang patut.