May 26th, 2016

Sudah lama mengenali Yazit Search dan berada didalam aliran yang sama, Awie dan kumpulan Wings meluahkan hasrat mereka untuk membantu Yazit.

Mereka kini sedang berbincang bagi mengadakan satu persembahan amal bagi tujuan tersebut.

Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang.

Jelas Awie, program itu harus dirancang dengan baik agar ia tidak dinilai sebagai program syok sendiri kerana ia akan membabitkan banyak pihak.

Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya.

Kami tidak mahu ia dilihat sebagai program syok sendiri. Sebab itu, ia memerlukan perbincangan rapi ditambah pula ia membabitkan banyak pihak.

Awie sebelum ini ada meluahkan pendapat bahawa kumpulan Search harus mengetepikan ego mereka dan membantu Yazit yang sedang sakit dan memerlukan. Walaubagaimanapun, komen Awie itu tidak disambut baik oleh Amy Search dan akui ia melukakan hatinya.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...