Penyanyi, Datuk Awie memberitahu syawal tahun ini agak berbeza kerana beliau baka menyambutnya di Thailand bersama isteri baharunya, Sharifah Ladyana. Walaubagaimanapun, anak-anaknya pula bakal menyambut hari raya bersama ibu mereka.
Inilah takdir hidup saya untuk beraya bersama isteri baharu. Tahun ini, saya akan beraya di Siam. Anak pula kemungkinan balik beraya dengan ibu mereka. Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan anak daripada perkahwinan kedua saya. Cuma abang mereka, Putra Ahmad Merrah, yang tinggal bersama saya.
Awie pada masa yang sama berharap agar Syawal tahun ini memberikan seribu satu keberkatan buat beliau sekeluarga dan insan yang beliau sayangi.
Bagaimana agaknya suasaa menyambut Syawal di Thailand agaknya, ermm satu kelainan juga bukan? Apa-apa pun, harapnya perjalanan mereka ke sana nanti dipermudahkan.