Lebih daripada setahun turun naik mahkamah berkaitan kes memukul Rozana Misbun dan beberapa lagi perkara mengenai perkahwinan mereka, penyanyi rock akhirnya bebas daripada tuduhan mencederakan bekas isterinya itu dalam satu perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi.
Ia atas persetujuan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik dimana Awie harus membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar kompaun sebanyak RM10,000.
Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.
Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing.
Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 dan wanita itu yang memakai kemeja putih dan berselendang hitam menganggukkan kepalanya.
Awie juga sempat meluahkan rasa syukur dan lega kerana segalanya boleh diselesaikan dengan baik.
Sekiranya kes ini berlanjutan, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada saya, masa depan, kerjaya dan anak-anak. Ini adalah satu perkara yang paling baik InsyaAllah saya boleh meneruskan kehidupan dan kerja saya dengan lebih baik selepas ini.
Terima kasih pada mahkamah, peguam, keluarga dan kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya selama ini.
Alhamdullilah,akhirnya masalah ini sudah dipermudahkan buat mereka berdua. Baguslah kalau tidak memanjangkan perkara ini, bak kata Awie memang tiada faedahnya. Harapnya selepas ini Awie dan Rozana akan bahagia dengan kehidupan masing-masing.