Awie Baling Telefon Ke Dinding Selepas Rozana Tunjuk Foto Beliau Bersama Wanita Lain

Hiburan

Awie Baling Telefon Ke Dinding Selepas Rozana Tunjuk Foto Beliau Bersama Wanita Lain

Isteri kepada penyanyi rock Awie iaitu Rozana Misbun memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Ampang beliau telah merakamkan bukti dibelasah oleh Awie menggunakan telefon pembantu rumah selepas telefon jenis iPhone 4 miliknya rosak akibat dibaling ke dinding oleh Awie sehari sebelum kejadian beliau dipukul.

Advertisement

Menurut Rozana, berlaku perselisihan faham diantara mereka selepas Rozana menunjukkan foto suaminya bersama wanita lain yang terdapat dalam iPhone 4 tersebut. Walaubagaimanapun, ia membangkitkan kemarahan Awie dan kemudiannya membaling gajet itu ke dinding.

Pertengkaran berlaku selepas saya menunjukkan gambarnya bersama wanita lain yang terdapat dalam telefon berkenaan sebelum dia berang dan membalingnya ke dinding.

Saya mempunyai dua buah telefon bimbit iaitu jenama BlackBerry berwarna putih dan iPhone 4 tetapi kamera BlackBerry tidak boleh digunakan dan sebab itu saya guna telefon milik pembantu rumah.

Rozana berkata demikian sebagai menjelaskan sebab beliau menggunakan telefon bimbit milik pembantu rumahnya untuk merakamkan gambar keadaan wajahnya selepas dia dipukul lelaki berkenaan pada 2 Jun tahun lepas.

Pada masa yang sama, Rozana memberitahu beliau gagal untuk membayar semula wang milik Awie seperti yang dijanjikan kerana beliau tidak dapat menjual barangan mewah miliknya.Menurut Rozana suaminya telah mengambil kesemua barangan tersebut sebelum sempat beliau menjualnya.

Benar saya gagal bayar dalam masa dijanjikan kerana OKT telah mengambil semua barangan tersebut dan bagaimana saya hendak jual dan dapatkan hasil? Saya juga berjanji untuk bayar kerana takut dengannya biarpun ketika itu saya tiada wang sebanyak itu.

Mengenai wang berjumlah RM250,000 yang didakwa lesap sebenarnya adalah pinjaman daripada ASB dan ia hanya boleh dikeluarkan selepas tamat tempoh matang pada tahun 2016. Rozana juga menyangkal dakwaan bahawa wang dalam akaun berkenaan adalah untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia adalah perbelanjaan keluarga selain membayar sewa untuk kelab milik Awie di Ipoh, Perak.

Jumlah RM250,000 dalam akaun itu (ASB) bukanlah dalam bentuk tunai sebaliknya pinjaman yang akan matang pada 2016. Awie tahu semua perbelanjaan yang digunakan malah ia turut digunakan untuk membayar sewa bulanan kelab miliknya di Ipoh.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 13 Julai ini.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...