October 5th, 2016

Baru sahaja ingin membina hidup baharu dan menanti detik untuk bernikah, penyanyi Awie memberitahu beliau,  bakal isteri dan anak-anaknya diserang penyakit misteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan.

Kesakitan itu membuatkan beliau susah untuk melakukan pekerjaan. Awie mempercayai penyakit itu adalah perbuatan sihir daripada manusia yang tidak senang melihat kebahagiaan beliau kini.

Kesakitan ini sering berlaku ketika saya hendak memulakan kerja dan ketika saya berada di rumah, kaki kanan saya nak pijak lantai pun sakit sehingga memaksa saya memakan ubat tahan sakit selama sebulan.

Bila ke klinik doktor sahkan gout tetapi saya tak rasa begitu kerana tiada simptom-simptom gout seperti yang diberitahu doktor. Jadi saya tahu ia bukanlah sakit biasa tetapi ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang perlu dirawat melalui kaedah tertentu.

Tidak mahu terus menjadi mangsa sihir, Awie telah bawa dua pengamal perubatan daripada Indonesia untuk berubat. Menurut pengawal perubatan berkenaan, ada pihak yang mengkhianat beliau dengan menggunakan abu mayat serta pasir daripada kubur yang dipercayai ditaburkan di sekeliling rumahnya.

Tambah Awie, beliau pernah terbau bau busuk dan beberapa kali melihat kelibat yang  menakutkan di rumahnya.

Antara kaedah rawatan yang dilaluinya kini Awie serta anak-anak dan bakal isteri diberi minum air kelapa oleh pengamal perubatan sebelum mengalami muntah yang luar biasa selepas itu.

Lebih pelik, pernah terjadi rumah saya berbau bangkai yang sangat kuat terutamanya di bilik anak perempuan saya selain saya sendiri beberapa kali melihat kelibat yang menakutkan di dalam rumah sekalipun saya sendiri sudah berpindah ke rumah baru.

Saya tak pasti berapa lama lagi kami akan melalui situasi getir ini tetapi selagi nyawa saya masih ada, saya tidak akan berputus asa untuk terus berubat.

Mungkin ada yang tidak percaya di zaman serba moden ini masih ada lagi mereka yang mengamalkan sihir untuk menghkhianati orang lain. Namun, selagi adanya penyakit hasad dengki semua perkara ini tidak mustahil bukan?

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...