Sudah beberapa kali gagal dalam berumah tangga, penyanyi rock Awie nampaknya tidak mahu lagi mengenang kisah dukanya dan mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan tunangnya Sharifah Ladyana pada hujung minggu ini.
Walaubagaimanapun, Awie enggan memberitahu tarikh dan lokasi sebenar pernikahan mereka atas faktor keselamatan.
Menurut Awie, perbincangan sudah dilakukan oleh kedua-dua belah keluarga dan mereka sudah memberi restu untuk beliau dan Ladyana berkahwin.
Saya harap penjelasan ringkas ini tidak menimbulkan spekulasi. Bersama persetujuan keluarga, saya dan tunang akan bernikah pada hujung minggu ini. Doakan urusan kami dipermudahkanNya.
Bukan kami mudah percaya pada benda misteri tetapi bagi mengelakkan perkara tidak elok berlaku, biarlah kita tidak menwar-warkan tarikhnya. Paling penting keluarganya juga memberi restu.
Awie dan Sharifah Ladyana bertunang dalam sebuah majlis tertutup pada 3 Jun lepas di Pulau Pinang.