Awie Atau M. Nasir, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Pengetua AF2014?

Hiburan

Awie Atau M. Nasir, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Pengetua AF2014?

Pejam celik pejam celik Akademi Fantasia akan kembali untuk tahun 2014. Senarai nama 12 peserta terakhir dan tenaga pengajar telah pun diumumkan. Zizan Razak telah diumumkan sebagai hos konsert mingguan sementara Jihan dilantik menjadi pengacara Diari AF. Persoalan yang tinggal hanyalah kerusi pengetua AF2014. Siapakah yang bakal menduduki kerusi panas tersebut? Dengar cerita, 2 nama yang telah dsenarai pendek ialah Awie dan juga M. Nasir.

awie dan m nasir

Advertisement

Pada mulanya hanya nama Awie sahaja dipertimbangkan untuk memegang jawatan pengetua AF2014 namun kes mahkamah dan kontroversi penyanyi tersebut dengan Rozana Misbun telah menyebabkan nama M. Nasir disebut-sebut sebagai calon pengganti. Secara jujur, Abang Nara teringin juga nak tengok Awie marah-marah kat budak AF2014 tue. Selalu pengetua lembut-lembut dan cakap berlapik. Kalau dapat kat Awie baru sedap kena bambu budak-budak nie. Barulah tak ada naik lemak. Tak gitu?

awie dan m nasir

Apa pun AF2014 perlu banyak pembaharuan daripada semua segi untuk menarik kembali perhatian penonton. Secara jujur, AF sudah tiada daya tarikan. Kena buat sesuatu yang amat drastik. Katanya konsep yang sama seperti AF3 akan dikekalkan. Hmmmm. Kita tengoklah sama-sama percaturan Astro kali ini. Apa pendapat anda? Adakah AF2014 akan meniti puncaknya sekali lagi?

P.S: Adakah ini model terbaru Proton yang dikenali sebagai Proton Iriz?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...