Masalah rumah tangga Awie dan isterinya Rozana Misbun cukup memberikan kesan buat anak-anak mereka sehinggakan mereka bersetuju untuk Awie berkahwin lagi.
Namun, Awie memberitahu fokus beliau kini adalah ingin membesarkan anak-anaknya dan mengukuhkan lagi kewangan demi menyara mereka semua.
Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya. Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesai.
Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak.
Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik.
Enggan melupakan segala kenangan pahit yang menimpa dirinya, Awie bertindak untuk berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan lokasi kediaman baharunya itu.
Pindah rumah adalah perkara yang penting untuk membina suasana baru. Ke mana saya pindah itu tidak perlu tahu kerana ia adalah rahsia.
Terlalu banyak sangat kenangan pahit yang wajar untuk dilupakan. Jadi diharapkan di rumah baru nanti, kehidupan saya dan anak-anak kembali menyinar.
Meskipun Awie seorang lelaki yang tampak “ganas†beliau masih lagi memerlukan kasih sayang seorang wanit yang mampu menjaga beliau dan anak-anak. Harapnya ada jalan terbaik untuk Awie dan Rozana menyelesaikan persengketaan mereka.