Gara-gara Awi Rafael menyebut nama Hanez Suraya dalam satu kenyataan dimana beliau berkata sudah lama mengenali tunangnya Atikah Suhaime sejak zaman bercinta dengan Hanez, ia sebenarnya menimbulkan rasa cemburu suami Hanez iaitu Romie Razin.
Hanez berkata perkara lalu tidak perlu diungkitkan lagi memandangkan beliau kini sudah bergelar isteri orang dan Awi juga sepatutnya lebih sensitif mengenai perkara itu dan menjaga hati tunangnya.
Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa.
Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya.
Memang selepas kenyataan itu keluar, ada yang meminta saya mengulas. Minta maaflah.Dulu, pasal isu saya pun dia ada bagi maklum balas. Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia. Cuma dalam kes ini saya harap jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka.
Memang agak tidak manis untuk berkata tentang hubungan lalu. Namun, kalau lihat daripada sudut yang positif, Awi cuma ingin memberikan gambaran betapa lama beliau sudah mengenali Atikah. Walaubagaimanapun, jika Hanez sudah tidak suka dan suami cemburu, lebih baik Awi tidak lagi mengaitkan nama bekas kekasihnya itu lagi.