Pastinya Aubrey Suwito agak terkesima apabila sekali lagi minggu ini bintang didikannya iaitu Awi Rafael diumumkan terkeluar daripada pertandingan Mania. Kalau minggu lepas menyaksikan Chaq tersingkir, penyingkiran Awi Rafael menimbulkan sedikit kekecohan kerana persembahannya pada malam tersebut agak mantap.
Mungkinkah undian untuk Awi Rafael terlalu rendah kerana fan basenya masih tidak kuat di Malaysia? Untuk makluman, Awi Rafael berasal dari Singapura. Mungkin inilah yang dinamakan tiada rezeki. Namun Abang Nara percaya yang Awi Rafael telah banyak belajar sepanjang di bawah didikan Aubrey. Dan kini, Aubrey Suwito harus berhati-hati kerana anak didiknya hanya tinggal 3 orang sahaja.
Dan Abang Nara sebenarnya agak terkejut apabila keputusan undian yang dikeluarkan menyaksikan Ebi berada di tempat kedua hanya di belakang Jaclynn Victor. Abang Nara percaya yang anda pun turut terkejut jugak. Di bawah ialah keputusan undian untuk minggu lepas.
1. JACLYN VICTOR – 14% 2. EBI – 12% 3. STACY – 11% 4. HAFIZ – 9% 5. ESTRANGED – 7% 6. HAZAMA – 7% 7. AKIM – 6% 8. SHILA AMZAH – 6% 9. KRISTAL – 5% 10. ADIRA – 5% 11. ALYAH – 5% 12. ARIL – 5% 13. ATILIA – 4% 14. AWI RAFAEL – 4%
Apa pun Abang Nara paling suka persembahan Aril yang membawakan lagu Flybaits. Memang terasa tusukan di kalbunya. Tahniah kepada Aril kerana berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan. Namun Abang Nara agak kecewa juga kerana sound system minggu ini agak kurang best. Kalau sound system dikawal rapi pasti mutu persembahan akan lebih meningkat. Semoga mutu sound system Sabtu ini akan ada peningkatan.
Apa pun jangan lupa saksikan konsert Mania pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di Astro Ria(104) untuk hiburan hujung minggu anda. Untuk info lanjut, boleh layari laman web ManiaMa atau pun follow Twitter ManiaAstro.
Kokokooo
April 18, 2012 at 12:26 am
Kuarkan bdk ebi n makcik atilia astro kalau ko nk rating mania trus tngi!!!krn 2 makhluk ni gua trus ke chanel lain.gua nk tgk mania ni la weyh!ttuuiiehh!!
Toya
April 17, 2012 at 10:45 pm
gua harap Ebi akan tarik diri scpt mungkin…
Pemain bolasepak yang berdedikasi (nama terpaksa dirahsiakan...)
April 18, 2012 at 9:24 am
gua harap tiada lagi program realiti tv bodoh yang memperbodohkan taste peminat muzik tanahair.
komenkomen
April 17, 2012 at 10:16 pm
aku hairan kenapa Ebi boleh terpilih jd bintang hotseat. sedangkan calon lain ada yg lebih mantap. Idayu & Fiq contohnya. Dorang lebih banyak kelebihan berbanding Ebi yg suara biasa2 saja ( maaf cakap ). UNDI SENDIRI KE? sebab undi tu free kn? Then lagi satu, masa konsert baru baru ni masa nyanyi anak kampung. aku rasa kalau nyanyi mcmtu, baek nyanyi versi asal saja kot. & jelas sgt suara dia sumbang. Hmm.. and aku hairan sangat kenapa dia boleh dapat undian tertinggi sedangkan jac, kristal, awi rafael yg perfom mantap dpt undian terendah. maaf cakap tp aku rasa tahap Ebi tak layak masuk mania sbb artis2 laen tahap dah tinggi dari dia. aku bukan judge sesuka hati tp pendapat. btw, Aku pun sabahan jugak.
Pingback: Awi Rafael Terkeluar Daripada Mania, Aubrey Suwito Hanya Tinggal 3 Bintang | HatiBlogger [dot] Com
anneyong
April 17, 2012 at 8:01 pm
tak paham mcm mana ebi boleh dpt hotseat…suara nak kata sdp…biasa2 je…xde yg superb….lps toh tiap kali konsert msti undian tertgi…sapa la yg vote dia…hahahahaha…lg satu…kbyakan artis nynyi lagu yg tak mcabar vokal diaorg…kata mania la…supernova la…superstar la…diva la…apa laa….tp nyyi lagu…genre yg slalu diaorg nynyi…tp sy suka tgok stacy dgn adira…best!