April 17th, 2012

Pastinya Aubrey Suwito agak terkesima apabila sekali lagi minggu ini bintang didikannya iaitu Awi Rafael diumumkan terkeluar daripada pertandingan Mania. Kalau minggu lepas menyaksikan Chaq tersingkir, penyingkiran Awi Rafael menimbulkan sedikit kekecohan kerana persembahannya pada malam tersebut agak mantap.

awi rafael terkeluar

Mungkinkah undian untuk Awi Rafael terlalu rendah kerana fan basenya masih tidak kuat di Malaysia? Untuk makluman, Awi Rafael berasal dari Singapura. Mungkin inilah yang dinamakan tiada rezeki. Namun Abang Nara percaya yang Awi Rafael telah banyak belajar sepanjang di bawah didikan Aubrey. Dan kini, Aubrey Suwito harus berhati-hati kerana anak didiknya hanya tinggal 3 orang sahaja.

awi rafael terkeluar

Dan Abang Nara sebenarnya agak terkejut apabila keputusan undian yang dikeluarkan menyaksikan Ebi berada di tempat kedua hanya di belakang Jaclynn Victor. Abang Nara percaya yang anda pun turut terkejut jugak. Di bawah ialah keputusan undian untuk minggu lepas.

1. JACLYN VICTOR – 14% 2. EBI – 12% 3. STACY – 11% 4. HAFIZ – 9% 5. ESTRANGED – 7% 6. HAZAMA – 7% 7. AKIM – 6% 8. SHILA AMZAH – 6% 9. KRISTAL – 5% 10. ADIRA – 5% 11. ALYAH – 5% 12. ARIL – 5% 13. ATILIA – 4% 14. AWI RAFAEL – 4%

Apa pun Abang Nara paling suka persembahan Aril yang membawakan lagu Flybaits. Memang terasa tusukan di kalbunya. Tahniah kepada Aril kerana berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan. Namun Abang Nara agak kecewa juga kerana sound system minggu ini agak kurang best. Kalau sound system dikawal rapi pasti mutu persembahan akan lebih meningkat. Semoga mutu sound system Sabtu ini akan ada peningkatan.

awi rafael terkeluar

Apa pun jangan lupa saksikan konsert Mania pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di Astro Ria(104) untuk hiburan hujung minggu anda. Untuk info lanjut, boleh layari laman web ManiaMa atau pun follow Twitter ManiaAstro.


97 responses to “Awi Rafael Terkeluar Daripada Mania, Aubrey Suwito Hanya Tinggal 3 Bintang”

  1. lantakpilah says:

    hazama a.k.a hitler malaysia alaf baru. cuba pakaikan misai kontot kat dia. sama tak? hewhew

  2. LAUREN says:

    TOLONG LA MENILAI DENGAN BIJAK. UNDI YANG BETUL2 ADA KUALITI

  3. siti jienah says:

    rezeki ebi la tu….dia tak mungkin selalu dpt vote yg tinggi. Kamu jangan emosi sangat. kalau setakat tengok saja tak vote (mcm saya) jangan banyak komen….heheheeeee

Loading...