Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awi Rafael Nafi Dakwaan Tiada Permit Kerja

Agak lama juga Awi Rafael menapak dalam industri hiburan Malaysia, namun baru-baru ini ada pihak yang mendakwa beliau tidak mempunyai sebarang permit kerja dan hanya menggunakan pas lawatan untuk mencari rezeki di Malaysia.

Advertisement

Mendengar tuduhan tidak berasas itu, Awi menegaskan beliau tidak pernah menjalankan aktiviti seni di Malaysia dengan menyalahgunakan pas lawatan beliau. Jelas Awi, segala urusan mengenai permit dan hal undang-undang di negara ini telah di uruskan oleh syarikat rakaman beliau Warner Music.

Segala urusan berkaitan permit diuruskan oleh Warner Music dan saya pasti tidak ada masalah kerana label tersebut menguruskan ramai lagi artis luar yang bekerja di sini.

Tiada isu saya sengaja lari daripada membayar cukai kerana setiap bulan saya pasti membayar cukai yang sepatutnya. Setiap urusan itu ada saya simpan sebagai bukti jika mereka mahu.

Saya harap dapat jelaskan salah faham ini kerana tidak mahu orang lain tidak senang pula dengan saya. Saya pun mahu kerja lama di negara ini dan perlu ikut jalan yang betul.

Buat masa ini Awi yang berasal daripada Singapura belum membuat permohonan untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Malaysia. Malah permit bekerja untuk penyanyi juga berbeza dengan pelakon.

Advertisement

Kalau betul Awi Rafael tiada permit kerja yang tetap agak susah untuk pihak lain bekerjasama dengan beliau bukan? Mungkin ini hanya salah faham sahaja. Manalah tahu jika ada rezeki boleh pula Awi jadi rakyat Malaysia seperti Aaron Aziz.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top