Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan yang sebelum ini popular dengan hasil karyanya seperti “Pulanglah†dan “Bila Aku Jatuh Cinta†kini muncul lagi dengan album baru! Walaupun baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan, beliau telah berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air apabila namanya tersenarai dalam pencalonan “Artis Baru Lelaki Popular†dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012! Bakat beliau yang begitu terserlah juga telah menarik minat pihak penganjur apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi artis pembukaan kepada persembahan artis antarabangsa, Dashboard Confessional pada awal tahun ini.
Sebagai seorang artis yang serba boleh, Awi Rafael tidak pernah mensia-siakan bakatnya. Kini beliau muncul dengan album baru yang akan memuatkan kesemua 8 lagu ciptaan beliau. Seperti lagu-lagu beliau sebelum ini, hasil karya Awi Rafael tentunya tidak akan menghampakan. Lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini adalah antara “Hari-Harikuâ€, “Lebih Berat Dari Surgaâ€, “Asalkan Aku OKâ€, “Kalistaâ€, “My Baby Youâ€, “Elvisâ€, “Satu Peluang Sahajaâ€, “Siapa Yang Sempurna†dan “Dewa-Dewiâ€.
Abang Nara respek dengan artis-artis baru yang muncul di Malaysia ini kerana kebanyakan mereka mencipta lagu-lagu sendiri. Ternyata penyanyi muda kita sudah semakin maju ke hadapan dan tidak bergantung kepada orang lain untuk popular. Diharap dengan kemunculan album baru ini, nama Awi Rafael akan tambah popular di Malaysia. Secara jujur, Abang Nara pun suka dengar lagu Bila Aku Jatuh Cinta nyanyian Awi Rafael.