Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awi Rafael Insaf Selepas Kemalangan, Tidak Mahu Leka Dengan Duniawi

Terselamat daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, kini Awi Rafael sudah insaf dan tidak mahu lagi leka dengan hal duniawi. Awie juga ingin lebih mendekati Allah.

Advertisement

Nyawa saya ketika itu ibarat berada di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman yang berlaku di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini.

Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi. Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti.

Awie terlibat dalam kemalangan pada bulan Mei lepas dimana beliau dilanggar dan diseret sebuah kereta ketika dia menunggang motosikal berkuasa besar yang baru sahaja dua minggu dibelinya.

Menurut doktor yang merawat Awie, beliau bernasib baik kerana kesan hentaman tersasar sedikit lalu menyelamatkan nyawanya.

Tidak semua orang mendapat peluang kedua untuk terus bernafas. Harapnya perubahan Awie ini akan kekal sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat beliau dalam mencari jalan Allah SWT.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top