Awesome! Wanita Ini Hanya Perlukan RM10k Untuk Majlis Perkahwinannya Dengan 1,000 Tetamu

Trending

Awesome! Wanita Ini Hanya Perlukan RM10k Untuk Majlis Perkahwinannya Dengan 1,000 Tetamu

Dalam zaman serba serbi barang keperluan mahal, pastinya agak perit untuk mengadakan majlis perkahwinan yang meriah tetapi murah.

kahwin

Advertisement

Tak pasal-pasal ramai yang menangguhkan niat mereka untuk mendirikan rumah tangga disebabkan masalah ini kerana ‘tabung’ masih belum mencukupi.

Memandangkan majlis perkahwinan diadakan sekali seumur hidup (harap-haraplah), pastinya kita mahu menjemput semua orang yang kita kenali dan rapat.

Tetapi bajet pula tidak cukup untuk jemput semua orang. Jangan bimbang, apa kata anda ikuti tip yang dikongsi oleh wanita ini di Twitternya bagaimana dia hanya berbelanja RM10,000 atau 10k  untuk majlis perkahwinannya dengan jemputan seribu orang!

Sukar untk dipercayai bukan? Namun itulah fakta yang dikongsi olehnya. Jom kita baca!

kahwin

Semua perbelanjaan majlis perkahwinan adalah termasuk dalam kos RM10k kecuali:

kahwin

Perlu diingat, harga untuk syarikat katering mungkin berbeza berbanding di tempat lain. Namun, wanita ini memilih sebuah syarikat katering yang menawarkan harga termurah di Kedah.

Jangan samakan harga di tempat lain!

kahwin

Pelamin pula nampak simple dengan harga RM1,400 sahaja. Apa yang penting sedap mata memandang.

kahwin

Manakala untuk album kahwin pula, kelebihannya kerana pasangan ini merupakan pereka grafik. Jadi mereka ambil keputusan untuk edit sendiri.

Mereka hanya mengupah rakan untuk menjadi jurugambar pada majlis perkahwinan mereka.

Lihat, di situ sahaja sudah jimat! Untung juga kalau ada rakan-rakan yang bekerja sebagai jurugambar.

kahwin

Malah, bagi memeriahkan lagi majlis, mereka juga mengupah deejay dengan bayaran hanya RM450. Murah bukan?

Selain itu, kos untuk barangan lain juga tidak berapa tinggi dan harga masih di bawah bajet yang ditetapkan.

kahwin

kahwin

Berikut adalah sedikit penambahan kos bagi memastikan majlis perkahwinan ini sempurna. Semua kos ini tidak termasuk dalam bajet RM10k.

kahwin

kahwin

 

kahwin

Bagaimana, adakah dengan tip yang dikongsi ini memberi anda idea yang lebih gempak untuk melaksanakan majlis perkahwinan yang meriah tetapi dengan belanja yang berpatutan?

Sumber Berita: Diari Dunia Press

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...