Aweera Muncul Pertahankan Diri, Dakwa Edry Lemparkan Fitnah Terhadapnya

Hiburan

Aweera Muncul Pertahankan Diri, Dakwa Edry Lemparkan Fitnah Terhadapnya

Selepas disingkirkan daripada kumpulan Mojo untuk persembahan di AJL29 oleh Edry Abdul Halim, Aweera telah tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Menarik sungguh penjelasan Aweera ini. Alasan yang diberikan Edry adalah fitnah semata-mata yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah diri penyanyi ini. Menurut Aweera, Edry ada perancangannya yang tersendiri di AJL29 menyebabkan dia menarik diri dan tidak membuat persembahan pada malam tersebut.
aweera mojo

Agak complicated juga perancangan yang dibuat oleh Edry menurut Aweera. Rupa-rupanya Edry mahukan Aweera berduet dengan penyanyi baru Mojo yang berasal dari Indonesia. Pergh. Kalau Abang Nara pun confirmlah tak setuju dengan cadangan ini. Selama ini nyanyi sorang-sorang kenapa tiba-tiba nak berduet bagai? Terang Aweera:-

Advertisement

Saya terkilan apabila dia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri. Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali.

Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah (korus) dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam. Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3.

aweera mojo

Hmmmm. Kalau betul dakwaan Aweera ini, memang Edry agak tidak profesional pada pandangan Abang Nara. Kalau nak perkenalkan penyanyi baru Mojo pun, janganlah gunakan pentas AJL29. Banyak lagi masa lain yang lebih baik. Bagilah penghormatan kepada Aweera untuk menyanyikan lagu Romancinta di pertandingan sehebat ini. Apa pun, sama-samalah kita saksikan siapa yang bakal muncul menyanyikan lagu ini di AJL29 nanti. Kalau betul penyanyi dari Indonesia, maka kemungkinan besar dakwaan Aweera adalah betul. Sumber Mstar Online.

P.S: Lukisan bangunan terkenal oleh pelajar Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...