Aweera – Drama Edry Untuk AJL 29 Berjaya

Hiburan

Aweera – Drama Edry Untuk AJL 29 Berjaya

Kita semua telah melihat kehebatan Caliph Busker dan Mojo dalam menyampaikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 yang telah lepas. Persembahan itu pasti akan diingati untuk beberapa tahun mendatang, dan mengingatkan kepada kehebatan persembahan secara langsung kumpulan Meet Uncle Hussain dengan Laguku Untukmu semasa AJL 23 pada tahun 2009.

Penyanyi asal lagu tersebut ialah Aweera selaku vokalis Mojo, bagaimanapun dia tidak menyanyikan lagu itu pada peringkat akhir setelah keluar dari Mojo dan tempatnya digantikan oleh penyanyi lain. Namun begitu untuk pertandingan akhir penyanyi baru Mojo iaitu Ryan Brakhma yang berasal dari Indonesia tidak digunakan, sebaliknya kumpulan yang sebelum ini hanya menyanyi di jalanan iaitu Caliph Busker telah membuat persembahan manakala Mojo mengiringi persembahan mereka dengan memainkan muzik.

Advertisement

 photo klhive-aweera.jpg

Bagaimanapun melalui mStar Online  Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama dan telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya suka bermain drama.

Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

Sebab itulah kalau dia gunakan penyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik.

Persembahan Mojo dan Caliph Busker melayakkan mereka memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 namun Aweera berkata kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Malah Aweera mengakui amat mengagumi Caliph Busker dan hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Tidak diketahui apakah sebenarnya konflik yang berlaku antara Aweera dan Edry tetapi keduanya sejak kebelakangan ini memberi komen mengkritik antara satu sama lain. Apa pun diharap mereka berdua berbaik semula kerana dunia hiburan Malaysia kecil saja dan mana tahu di masa akan datang mereka akan bekerjasama semula. Sekurang-kurangnya ingat kenangan semasa masih berkawan baik dahulu, ya tak?

Semoga Aweera terus sukses dengan kariernya selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...