Awas! Servis Percuma HUAWEI Ini Akan Tamat Tak Lama Lagi! Dapatkan Sekarang Servis PERCUMA & Penjimatan Berbaloi!

Branded

Awas! Servis Percuma HUAWEI Ini Akan Tamat Tak Lama Lagi! Dapatkan Sekarang Servis PERCUMA & Penjimatan Berbaloi!

Pejam celik, pejam celik, tahun 2025 dah nak sampai ke penghujungnya… Rasa kejap sangat kan?

Tapi, walaupun kejap, siapa yang die–hard-fan HUAWEI, confirm rasa tahun ni best sebab banyak sangat produk baru dilancarkan betul tak? Dari jam, tablet, hinggalah ke peranti, macam-macam ada!

Dengan itu, korang yang peminat tegar HUAWEI, mereka nak manjakan korang dengan HUAWEI Service Giving Season 2025! Ada banyak servis menanti, jadi kalau nak tahu, baca sampai habis!

Banyak Servis Percuma, Akhiri Tahun 2025 Dengan Hati Yang Lebih Tenang!

Kalau korang dah lama menggunakan HUAWEI, dan rasa macam nak servis telefon korang, ini lah masa yang tepat!

HUAWEI Service Giving Season 2025 ini menawarkan pelbagai jenis servis peranti untuk kepuasan korang sendiri! Paling penting, jimat banyak!

Antara servis yang boleh dinikmati adalah Kos Pembaikian secara PERCUMA, di mana kalau peranti korang buat perangai, bawa saja ke mana-mana pusat servis HUAWEI yang berdekatan. Jimat poket!

Selain itu, di mana-mana pusat servis HUAWEI, korang layak untuk dapatkan pelindung skrin secara PERCUMA! Haa, siapa screen protector dia dah pecah-pecah tu, haa tukarlah sekarang ya.

Paling best, lepas korang dah repair peranti, korang berpeluang untuk dapatkan pelbagai jenis hadiah menarik secara PERCUMA! Masyuknya!

Alang-alang cakap pasal skrin ni, kalau skrin korang pecah, jangan risau sebab korang boleh ganti skrin yang original kepada yang baru dan ada waranti sehingga minima 90 hari tau. Bestnya!

Lagi best, kalau korang nak baiki peranti yang luar dari waranti, korang boleh dapatkan diskaun sehingga 20% untuk alat ganti terpilih. Fuhhh, terbaiklah HUAWEI!

Korang nak Extended Warranty? Pun boleh! Korang boleh dapatkan diskaun sampai 40% tau! Haa, rezeki macam ni jangan ditolak guys, rebut sekarang!

Tak kan pergi pusat servis semata-mata nak baiki peranti saja kan? Kalau korang datang repair atau beli barang di kedai rasmi HUAWEI, korang berpeluang untuk dapat hadiah menarik! Seriuslah?!

Tapi, tapi, tapi! Kalau lah korang terlampau sibuk sampai tak ada masa untuk singgah ke pusat servis HUAWEI, jangan risau sebab ada penghantaran dua hala secara PERCUMA untuk baiki peranti korang, siap dapat kotak packaging lagi!

Jujur cakap, kalau korang pengguna tegar HUAWEI, tapi tak menikmati kesemua servis ini, korang memang dalam kerugian yang besar!

Psst, HUAWEI Service Giving Season 2025 ni sampai 31 Disember 2025 saja tau, jadi rebut sekarang juga peluang yang ada ni!

Bukan Sekadar Menghargai, Tapi HUAWEI Juga Prihatin

Kempen ni bukan sekadar gimmick diskaun semata saja tau. Ini adalah cara Huawei nak tunjukkan yang mereka memang prihatin dengan masalah yang korang hadapi, dari kos buruh mahal sampai ke skrin pecah.

Motto HUAWEI? “We Care, Your Care”! Tengah musim memberi ni, ini adalah peluang terbaik mereka untuk mengeratkan lagi ikatan antara mereka dengan korang yang menjadi penyokong nombor syatu mereka.

Siapa yang layak? Senang cerita, semua pelangga yang datang ke pusat servis atau guna servis mail-in repair boleh join! Dan ya, penghantaran dua hala akan jadi percuma untuk semua sepanjang musim ini!

So, tunggu apa lagi? Jomlah check laman web rasmi HUAWEI atau usha je dekat aplikasi My HUAWEI untuk detail liputan servis!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...