Awas! Saman RM300 Serta-merta Jika Anda Langgar 6 Kesalahan Trafik Ini

Trending

Awas! Saman RM300 Serta-merta Jika Anda Langgar 6 Kesalahan Trafik Ini

Tidak lama lagi Tahun Baru Cina 2019 bakal berlangsung dan pastinya ramai yang menggunakan peluang cuti umum untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Advertisement

Demi memastikan perjalanan anda lancar dan selamat, pihak Polis Diraja Malaysa (PDRM) akan menjalankan Ops Selamat ke 14 bermula 29 Januari sehingga 12 Februari ini.

PDRM mengumumkan pihak mereka akan mengeluarkan saman serta-merata sebanyak RM300 bagi enam kesalahan utama ini :-

Memandu di lorang kecemasan

Melebihi had laju

Memotong barisan

Memotong garisan berkembar

Tidak mematuhi lampu isyarat

Menggunakan alat komunikasi ketika memandu

Selain itu,  dua laluan kecemasan di lebuhraya PLUS di kawasan Perak akan dibuka dari Simpang Pulai ke Gopeng (KM287-KM290) dan Slim River ke Sungkai (KM367) bagi memastikan keadaan trafik di kawasan kritikal itu berjalan lancar.

Anggota polis juga akan ditempatkan di kedua laluan berkenaan bagi memastikan kelancaran terutama berlaku kecemasan atau kemalangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...