Awas, Pendakap Gigi Tiruan, Berisiko Terdedah Jangkitan HIV

Kehidupan

Awas, Pendakap Gigi Tiruan, Berisiko Terdedah Jangkitan HIV

Zaman sekarang, ada diantara mereka yang ghairah untuk mengikut trend menggunakan pendakap gigi tiruan. Kerana apa, nak kelihatan cantik tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Tetapi tahukah anda semua, risiko menggunakan pendakap gigi tiruan akan menyebabkan anda terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit, termasuk HIV.

Baru-baru ini, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan, Dr Doreyat Jemun ketika mendedahkan perkara ini, berkata, kedatangan pesakit itu kerana mereka mengalami pelbagai jangkitan kesan penggunaan pendakap gigi tiruan.

Advertisement

Lebih mengejutkan, beliau berkata jumlah pengguna pendakap gigi tiruan yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awam (KKPA) di seluruh negara semakin meningkat.

Ini membimbangkan apabila masih ramai, terutama remaja menggunakan perkhidmatan haram itu kerana kosnya murah dan mudah, sedangkan mereka berdepan dengan pelbagai risiko penyakit berjangkit.

Perkhidmatan haram ditawarkan itu dijalankan tanpa mengikut prosedur sepatutnya, dan paling merisaukan kerana kebarangkalian untuk dijangkiti virus dan kuman sangat tinggi.

 

Doreyat meminta orang ramai mendapatkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dari pihak yang bertauliah.

KKPA menyediakan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dan manfaatkan kemudahan yang ditawarkan adalah yang terbaik kerana ia selamat dan murah.

Banyak kes berkaitan akibat penggunaan pendakap gigi tiruan direkodkan antaranya gigi jadi semakin jongang dan ada kes gigi tertanggal.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau kegiatan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi palsu.

Sejak 2015 hingga sekarang, lima kes berkaitan perkhidmatan itu berjaya dicegah, empat daripadanya sudah didakwa di mahkamah.

Kami tahu kesan jangka masa panjang terhadap penggunaan pendakap gigi palsu itu, justeru penguatkuasaan akan terus dijalankan.

Jadi kepada korang di luar sana itu, janganlah guna pendakap gigi palsu. Bahaya untuk kesihatan anda semua!

 

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...