Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video seorang wanita warga emas yang menarik perhatian netizen apabila dilihat masih bersikap ‘queen control’ terhadap suaminya walaupun sudah berusia.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Annisa Tarigan itu, pasangan suami isteri warga emas itu dilihat berada di ruang tamu sebuah rumah.
Wanita warga emas itu dilihat memeriksa telefon pintar milik suaminya yang sedang berdiri sambil memerhati telefon yang dipegang olehnya.
Walaupun sudah 90 tahun, telefon saya tetap dipantau isteri.
Lebih menarik perhatian apabila lelaki warga emas itu kelihatan berdebar ketika menyaksikan telefonnya dipegang oleh isterinya.
@annisatrgn269
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak melepaskan peluang memberi respons terhadap tindakan wanita warga emas itu.
“Itu pekerjaan ibu-ibu setelah bergelar isteri. Ingat tu, itu kerja kami!” tulis seorang netizen.
“Mesti ‘dak dik duk’ hati atuk tu” tulis seorang lagi pengguna TikTok.