AWAS! KRU Bakal Muncul Dengan Album Baru Berjudul Kaset November Ini – “Ini Bukan ‘Comeback’, Tapi..”

Hiburan

AWAS! KRU Bakal Muncul Dengan Album Baru Berjudul Kaset November Ini – “Ini Bukan ‘Comeback’, Tapi..”

Peminat kumpulan nyanyian ‘boy band’ terkenal negara KRU nampaknya dapat mengubati kerinduan mereka apabila mereka bakal muncul dengan single terbaru berjudul Kaset.

Difahamkan single tersebut akan dilancarkan pada November ini.

Advertisement

Ditemui media, Norman berkata kemunculan semula itu bukan sahaja dinantikan dirinya malah Yusry dan Edry serta peminat-peminat kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Fanatik dan Jangan Lafazkan itu.

Sebenarnya kami tak anggap kemunculan ini sebagai ‘come back’. Kami bertiga masih ada, cuma kurang aktif dalam industri kerana masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Namun, kami akui bahawa kami juga rindu untuk bersama seperti dulu

Menurut Norman lagi, album Kaset mempertaruhkan 10 lagu baharu ciptaan mereka bertiga dan dua daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris.

Menyentuh mengenai konsep album, KRU masih mengekalkan elemen muzik era kegemilangan mereka namun disesuaikan dengan muzik masa kini untuk menepati cita rasa golongan muda masa kini.

Saya yakin dengan kematangan kami dan pengetahuan dalam bidang muzik, album ini berpontensi menjadi yang terbaik daripada KRU. Kami selesa dengan sound yang sinonim dengan KRU sejak dahulu, dan bangga dengan identiti muzik kami.

KRU juga bakal menjelajah seluruh negara dalam tour khas yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti nurhaliza music video istac disangka di gereja
3 hours ago

"Nampak Sama Tapi Bukan Dia" - Muzik Video Terbaharu Siti Nurhaliza Undang Perhatian, Seakan-Akan Di Gereja

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...