Awas Kaum Wanita! Minum Minuman Bergula Tinggi Risiko Mati Awal

Trending

Awas Kaum Wanita! Minum Minuman Bergula Tinggi Risiko Mati Awal

Anda kuat minum minuman bergula? Pengambilan gula yang tinggi akan meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular mahupun kanser khususnya kepada kaum wanita, lapor jurnal Circulation baru-baru ini.

Advertisement

Baru-baru ini terdapat satu kajian baharu yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan minuman ditambah gula akan mengakibatkan kematian.

Menurut ketua penyelidik Jabatan Nutrisi di Sekolah Kesihatan Awam T.H Chan Universiti Harvard, Dr. Vasanti Malik, seorang yang minum air kosong berbanding mengambil air manis adalah lebih sihat dan boleh meningkatkan jangkat hayat seseorang.

“Soda diet mungkin boleh membantu mengurangkan pengambilan air manis secara berperingkat tetapi air kosong adalah pilihan paling baik,” katanya.

Penemuan itu merangkumi semua jenis air ditambah gula termasuk minuman ringan sama ada bergas atau tidak, air berperisa buah, minuman tenaga dan minuman sukan.

Selain risiko lebih tinggi bagi wanita, mereka yang meminum 2 atau lebih hidangan air manis sehari berdepan risiko kematian awal sebanyak 31% lebih tinggi. Penggunaan pemanis tiruan juga dapat meningkatkan risiko kematian.

“Penemuan ini mengukuhkan lagi sokongan kepada polisi bagi mengehadkan pemasaran minuman manis kepada kanak-kanak dan orang muda serta pelaksanaan cukai soda kerana harga jualan semasa yang murah tidak mengambil kira kos rawatan mahal di kemudian hari,” kata penyelidik bersama kajian itu, Professor Walter Willett.

Sumber: Kosmo

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...