Awas! Sekiranya Gagal Patuhi Jadual Rentas Negeri, Anda Mungkin Akan Diarah Patah Balik

COVID-19

Awas! Sekiranya Gagal Patuhi Jadual Rentas Negeri, Anda Mungkin Akan Diarah Patah Balik

Umum mengetahui bahawa sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita telah pun dilonggarkan berikutan angka jangkitan kes COVID-19 yang dicatatkan mula mendatar. Bukan itu sahaja, malah pergerakkan rentas negeri juga kini sudah dibenarkan dengan membuat permohonan di Gerak Malaysia.

sumber : Teknoratz

Baca: (TERKINI) Ibu Bapa Dibenarkan Pulang Ke Kampung Mengambil Anak Dan Bermalam Hanya Jika Perlu

Advertisement

Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah melakukan sebanyak 98 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh kawasan sempadan negeri, bagi memastikan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ambil perhatian kepada sesiapa yang akan melakukan pergerakan rentas negeri ketika ini, anda perlulah mematuhi jadual pergerakan yang telah ditetapkan atau mungkin perlu berpatah balik jika gagal. 

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada orang ramai mengambil kesempatan susulan kebenaran pergerakan rentas negeri ini.

Untuk pengetahuan, jadual pergerakan rentas negeri ini dibahagikan kepada empat hari bermula Khamis (semalam) bagi membolehkan pergerakan orang ramai yang terkandas untuk pulang ke kediaman masing-masing berjalan lancar.

Mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 5) 2020 dan berdepan denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sehingga Rabu, sebanyak 143,516 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia diluluskan oleh PDRM bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...