September 29th, 2009

awan dania 2

Yeahhhhhhhhhh ~~~ Berjaya layan episod pertama Awan Dania musim ke 2 kat Astro Ria semalam. Memang tak berkelip mata dibuatnya mengusha Scha Al Yahya. Almaklumlah kami nie kipas susah nak mati (die hard fan) dia.  Siap dah bagitau kat mak tadi yang setiap hari Isnin pukul 9 malam Tv kat rumah telah dichop oleh kami untuk tengok Awan Dania 2 nie.

Tapi sebenarnya selain dari Scha nie ramai lagi pelakon-pelakon old school yang hebat-hebat belaka. Ada Mustafa Kamal,  ada Jehan Miskin yang dah tak berpeluh ketiaknya dan tak lupa jugak Aida Aris. Pelakon-pelakon baru pun ada gak. Wany Mustafa ada, Irma Hasmie ada dan ramai lagilah. Pendek kata kalau tak minat Scha, leh layan cerita nie sebab ramai pelakon-pelakon best. Cuma kurang best sebab Nasha Aziz ngan Remy Ishak dah tak ada dah.

Apa sebenarnya jalan cerita Awan Dania 2 nie? Ala secara sempoinya Scha nie sekarang pergi kerja kat tempat baru. So ada cabaran baru kat situ. Dulu kan Air Asia kalau tak silap. Skang nie kat Firefly pulak. Kalau nak tau apa plak si Scha nie punya perangai kat tempat baru, kenalah layan Awan Dania 2 setiap Isnin pukul 9 malam.

Lagi gambar Scha dalam Awan Dania 2 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nuffnang awards

awan dania 2

awan dania 2

awan dania 2

awan dania 2

awan dania 2


Comments are closed.

Loading...