Awan Berbentuk Gajah? Dr. Ahmad Kamil Tegur Orang Ramai Jangan Terjebak Dengan Unsur Khurafat

Kehidupan

Awan Berbentuk Gajah? Dr. Ahmad Kamil Tegur Orang Ramai Jangan Terjebak Dengan Unsur Khurafat

Seorang pendakwah bebas, Dr. Ahmad Kamil Jamilin tampil menegur sikap segelintir umat Islam yang disifatkan mudah untuk ‘khurafatkan’ sesuatu peristiwa, termasuklah insiden yang melibatkan seekor anak gajah yang mati dilanggar oleh sebuah lori baru-baru ini dengan awan menyerupai haiwan tersebut.

Teguran itu dibuat susulan tularnya video dan gambar awan yang dikatakan menyerupai gajah, walaupun sebelum ini awan juga pernah dikaitkan dengan pelbagai corak lain seperti kalimah Allah, malaikat, dan bentuk salib.

Advertisement

awan bentuk gajah

Lagi teruk bila kita kaitkan dengan kepercayaan atau agama tertentu, konon-konon ia bawa mesej tertentu, atau bukti kepada apa yang kita percaya.

 

Hari ni kita kata, nampak corak kalimah Allah dekat kurma kita makan, tapi kalau esok kita nampak salib pada kurma kita makan, macam mana?

Otak terjemah ikut bentuk atau corak tertentu

Beliau turut memberitahu kesemua ini adalah khurafat kerana sesuatu peristiwa, terutamanya kematian atau kelahiran seseorang, tidak ada kaitan dengan fenomena alam.

Ahmad Kamil turut berkata, terdapat istilah ‘cognitive biases’ atau ‘clustering illusion’ dan berdasarkan pembacaannya, otak manusia suka menterjemah kepada perkara yang dilihat terutama bentuk atau corak tertentu.

‘cognitive biases’ atau ‘clustering illusion’

Kemudian kaitkan dengan imaginasi yang kita cipta sendiri sebab otak kita dah terbiasa dengan corak atau bentuk tertentu. Yelah, senang nak bezakan sesuatu, senang untuk kenal sesuatu.

 

Cuma kadang-kadang bila corak atau bentuk tak jelas, kita cenderung untuk nak kaitkan dengan bentuk atau corak tertentu. Itulah yang timbul misalnya awan ni rupa gajah lah, kalimah Allah, ada rupa salib, rupa malaikat, Jesus sebagainya.

Beliau turut memetik satu peristiwa di zaman Nabi Muhammad SAW iaitu ketika kewafatan anak baginda iaitu Ibrahim.

Kebetulan pada waktu itu berlaku gerhana sehingga sahabat pun sebahagiannya menyangka gerhana itu ada kaitan mungkin bersedih dengan kematian anak nabi kita.

 

Tapi Nabi Muhammad SAW bersabda, sesungguhnya gerhana matahari atau bulan tidak terjadi dengan kematian atau kelahiran seseorang, tetapi kedua-duanya tanda kekuasaan Allah SWT.

@drkamilinjamilin ⛔️ Jauhi KHURAFAT! Awan Bentuk Gajah? Kalimah Allah? Salib? Jesus? Apa Lagi?? #IsuSemasa #ClusteringIllusion #CognitiveBias ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Tragedi Anak Gajah Dilanggar Lori: Pemandu Tampil Mohon Maaf, Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian
56 mins ago

Tragedi Anak Gajah Dilanggar Lori: Pemandu Tampil Mohon Maaf, Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...